Saturday, May 26, 2012

Sambutan Hari Guru SMK Agama Tun Said

Syukur ke hadrat  Allah s.w.t kerana masih diberikan kesempatan untuk menulis dalam blog ini lagi.

    Pada 24 Mei yang lalu, sambutan Hari Guru SMATS telah dianjurkan oleh semua pelajar Tingkatan 5 SMATS. Sambutan ini diadakan selama 1 hari sahaja. Bagaikan suatu ujian dan keistimewaan untuk kami kerana kebiasaan yang diberi kepada generasi Tingkatan 5 sebelum kami menjalankan sambutan ini selama 2 hari. untuk mengenang jasa guru dan menggembirakan hati mereka setelah berpenat lelah mengajar, lebih-lebih lagi menahan karenah pelajar-pelajar yang nakal. Memang itulah lumrah hidup yang dikurniakan dengan kenakalan. Itulah peranan sebagai seorang pendidik. Kenakalan yang ada pada diri seseorang pelajar perlu dibentuk agar menjadi seorang insan yang berguna.

     Kepada guru-guru SMATS yang dikasihi, terima kasih kerana memberikan sokongan dalam menjayakan program ini. Walaupun program yang dianjurkan tersebut mempunyai sedikit kekurangan atas sebab yang tidak dapat dielakkan, terutamanya bahagian multimedia. Sokongan yang kuat daripada guru-guru semua dalam menjayakan aktiviti ini nampak begitu ketara terutamanya dalam aktiviti sukan ukhwah. Terukirnya senyuman di bibir kalian begitu bermakna bagi kami. Segala kekurangan yang telah kami lakukan dalam keadaan sedar atau tidak sedar dalam menjayakan aktiviti ini harap dimaafkan. Terima kasih kerana memberi peluang kepada kami dalam mengendalikan majlis ini. Sedikit sebanyak kami dapat belajar bagaimana mengendalikan sebuah program.

    Kepada semua sahabat yang disayangi, semangat kerjasama yang saudara tunjukkan dalam mengendalikan program ini sangat dihargai. Walaupun program yang dikendalikan tersebut mempunyai sedikit kekurangan, namun kepayahan dan kesungguhan yang telah saudara tunjukkan begitu jelas hinggakan ada yang sanggup untuk berjaga semalaman untuk membuat persiapan. Program yang dikendalikan selama sehari tersebut merupakan suatu pengalaman yang berguna untuk kita hadapi pada masa hadapan. Sebarang ketidaksefahaman antara kita dan komen daripada pelbagai pihak bukanlah suatu perkara yang boleh memecahbelahkan ukhwah kita yang utuh. Terima kasih kerana memberikan kerjasama yang tidak terhingga...:). Kepada ketua pengendalian program, mewakili sahabat yang lain saya ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku sepanjang kami menjayakan program ini terutamanya dalam pengurusan AJK Multimedia. Terima kasih juga kerana saudara sudi memilih kami( Fahmie Ikhwan & Zulkhairul Fikri) sebagai AJK Multimedia. Kepayahan kami mengendalikan tugas tersebut merupakan suatu pengalaman yang sangat bernilai.

Bagi kami pihak multimedia, harap maaf jika ada sebarang kesilapan yang telah kami lakukan.

Kepada semua pembaca, tontonilah video yang telah kami hasilkan untuk majlis sambutan tersebut.

video