Saturday, July 21, 2012

Tokoh-tokoh Islam Digeruni



Haron bin Din atau dikenali dengan Ustaz Haron Din berasal daripada Bohor Mali yang terletak di Kangar, Perlis. Beliau dilahirkan pada 18 Ogos 1940. Beliau adalah anak ketiga daripada 10 orang adik-beradik. Antara adik-beradiknya yag terkenal sebagai tokoh agama ketika ini adalah abang beliau iaitu Ustaz Ishak Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan Din.

   Lebai Din, bapa kepada Haron Din adalah perawat yang tersohor di kampungnya. Kaedah perubatan yang digunakan adalah menggunakan doa-doa daripada ayat-ayat suci Quran.

Pendidikan dan Kerjaya

Pendidikan agama yang diterapakan oleh kedua ibu bapanya semasa kecil membuahkan hasil yang baik dalam diri Haron Din dan adik-beradiknya. Ibu bapanya terkenal sebagai guru Quran  yang mengajar bacaan Quran kepada masyarakat setempat. Beliau dihantar oleh kedua ibu bapanya ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Kecemerlangan Haron Din dalam pendidikan terserlah sejak dari kecil. Kemudian beliau dihantar belajar ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor.

   Kemerlangan beliau dalam pendidikan melayakkan beliau terpilih memasuki Kolej Islam Malaya sekitar tahun 1962 hingga 1965. Di situ beliau belajar bersungguh-sungguh hingga dianugerhkan Hadiah Biasiswa Persekutuan kerana memperoleh Sijil Tertinggi Kolej dengan cemerlang. Lanjutan daripada itu, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti al-Azhar, Kaherah antara tahun 1966 hingga 1968. K Sekembalinya dari luar negara, beliau dilantik menjadi guru agama di Kementerian Pelajaran Malaysia.

   Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah doctor falsafah dalam bidang Syariah dari Universiti Darul-Ulum, Kaherah. Seterusnya, beliau ditawarkan menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1975. Kemudian pada tahun 1977, beliau dilantik menjadi Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia hingga tahun 1985. Pda tahun 1986, Haron Din dianugerahkan gelaran Profesor kerana kemerlangannya dalam bidang akademik.

   Pengetahuannya dalam bidang syariah menyebabkan Bank Negara Malaysia melantik beliau sebagai Ahli Majlis Penasihat. Public Bank juga melantik beliau sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariahnya. Manakala Muamalah Financial Consulting dan CIMB melantik beliau sebagai Ahli Majlis Penasihat Syariah. Beliau pernah menjadi Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan Selangor.

Pusat Perubatan Darussyifa’

Haron Din adalah antara pengasan Darussyifa’, sebuah pusat perubatan Islam. Penglibatan Haron Din dalam dunia perubatan Islam adalah rentetan daripada pengalaman hidupnya semasa kecil. Zaman kanak-kanaknya dipenuhi dengan mengikut bapanyamenurunkan ilmu perubata itu kepda beliau. Pada masa itu bapa beliau hanya mengajar ilmu perubatan yang asas kepda Haron Din. Sebelum bapanya mengajar ilmu perubatan, bapanya menyuruhnya mendalami ilmu agama.

   Beliau sendiri mengambil inisiatif mempelajari kadah rawatan Islam daripada alim ulama. Antaranya, guru yang mengajar kaedah rawatan Islam ini ialah Doktor Kamalyang menggunakan kaedah rawatan Hypnotism semasa di Mesir. Di Malaysia, guru yang mengajar beliau pula adalah Tuan Haji Mursidi dengan kaedah perawatan yang sama.

    Semasa beliau melanjutkan pelajaran di peringkat doctor falsafah, beliau sempat menimba ilmu perubatan Islam daripada Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi. Selain daripada itu, guru-guru lain yang turut mengajar beliau adalah Syeikh Muhammad Bayumi, Bapak Mokhtar Lintang, Tahir Abdullah, Pak Andak Noh dan Haji Husin.

   Haron Din mempelajari beberapa ilmu bidang perubatan Islam yang dipelajari daripda guru-gurunya itu. Antara ilmu yang dipelajari termasuk ilmu berkaitan dengan penyakit barah, demam panas, ketumbuhan, kayap dan penyakit kulit. Sementara itu, beliau juga mempelajari ilmu berkaitan tumbuh-tumbuhan di samping menggunakan ayat-ayat Quran.

   Tidak ketinggalan juga beliau turut mempelajari ilmu Laduni iaitu ilmu yang diberikan oleh Allah kepada orang tertentu sahaja. Beliau mempelajari ilmu itu daripada Haji Husin atau dikenali dengan nama Tuk Chin. Kebanyakan ilmu yang dipelajari dan diamalkan oelh Haron Din adalah ilmu yang hanya bertepatan dengan syariat Islam sahaja.

Timbalan Mursyidul Am PAS

Haron Din adalah Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, Parti Islam SeMalaysia (PAS) antara tahun 1975 hingga 1983. Bliau juga dilantik sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS. Oleh kerana terikat dengan kerjaya sebagai pensyarah, beliau tidak terlibat secara langsung dalam pilihan raya hingga tahun 1999. Beliau mula bertanding dalam Pilihan Raya Umum pada tahun 2004 mewakili PAS. Beliau dicabar oleh Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail perwakilan daripada Barisan Nasional. Beliau kalah pada pilihan raya itu. Empat tahun berikutnya, beliau bertanding sekali lagi di Perlis, namun tidak Berjaya terpilih sebagai wakil rakyat.



Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan. Bapa beliau, Haji Nik Mat bin Raja Banjar, seorang yang alim dan pengasas sebuah sekolah pondok di Pulau Melaka.

Pendidikan

Nik Aziz mndapat pendidikan wala di Madrasah Ittifaqiah di Jertih, Terengganu. Beliau menuntut daripada seorang ulama terkenal, Tok Guru Haji Abbas Haji Ahmad. Beliau juga pernah menuntut di Sekolah Pondok Tok Kenali, Kubang Kerian. Seterusnya, beliau mendalami pelajaran pengajian Islam selama lima tahun di Madrasah Darul Ulum, Deoband, India pada tahun 1952.

   Nik Aziz memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang bahasa Arab dari Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang syariah dan tamat pengajian pada tahun 1962. Beliau boleh berbahasa  Arab, Tamil dan Urdu.

   Sekembalinya beliau ke Kelantan, beliau bertugas sebagai guru di beberapa buah sekolah. Antaranya adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tarbiyyah Mardiah di Panchor, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar di Pulau Melaka dan Maahan Muhammadi di Kota Bharu. Pada waktu malam pula, beliau memberi ceramah agama di masjid-masjid.

Menteri Besar Serambi Mekah

Nik Aziz mula berjinak dalam politik pada tahun 1967. Beliau memilih Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai wadah memperjuangkan Islam. Beliau dipilih oleh PAS bagi bertanding dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 di Dewan Undangan Negeri Semut Api dan memenangi kerusi itu. Beliau juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa (dahulu Kelantan Hilir) sejak tahun 1967hingga tahun 1986. Dari tahun 1986, beliau menjadi ahli Parlimen Bachok.

   Beliau pernah menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat sebelum dilantik menjadi Mursyidul Am PAS pada tahun 1995. Beliau juga Pesuruhjaya PAS negeri Kelantan. Pada tahun 1990, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan. Ia juga adalah titik bersejarah apabila PAS menawan negeri Kelantan buat kali kedua sejak tahun 1978.

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Walaupun menduduiki kerusi Menteri Besar sebuah negeri selama berpuluh tahun, beliau tinggal di sebuah rumah kayu yang sederhana. Beliau hidup secara sederhana dan dikenali dalam kalangan rakyatnya dengan gelaran ‘Tok Guru’. Beliau juga memotong 40 peratus gajinya sebagai ahli Parlimen bagi disumbangkan kepada parti.
   
   Beliau juga mudah dijumpai oleh sesiapa sahaja, baik di rumah ataupun di masjid tempat beliau berceramah setiap minggu. Hampir setiap hari Jumaat, beliau berkhutbah di masjid Pulau Melaka bersebelahan rumah beliau sejak tahun 1969. Satu fenomena yang tidak terdapat di negeri lain adalah kuliah pagi Jumaat yang disampaikan beliau kepada ribuan rakyat dari seluruh negara. Beliau menyampaikan kiuliah subuh dan maghrib setiap minggu di masjid berkenaan.
   Setiap ahli Parlimen dan pemimpin sebuah parti Islam terbesar di Malaysia, beliau bukan sahaja mendapat sokongan daripada pengundi Islam, bahkan daripada orang bukan Islam. Nama beliau harum bukan sahaja di Malaysia, malah di rantau Asia sebagai ulama dan ketua kerajaan.



Suatu ketika dahulu dia dikatakan bakal mewarisi takhta Perdana Menteri dari Tun Dr. Mahathir Mohamad. Majalah Newsweek International menggelarnya sebagai Asian of The Year. Namun, dalam politik semuanya mungkin terjadi. Selepas penyingkiran beliau daripada jawatan kerajaan pada 1998, beliau mengelapai barisan pembangkang di Malaysia. Bagi sesetengah pihak, Anwar Ibrahim adalah reformis politik Malaysia.

Latar Belakang

Anwar Ibrahim dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Sungai Bakap, Seberang Perai. Bapanya, Haji Ibrahim adalah seorang tokoh politik yang disegani di Pulau Pinang dan pernah menjadi ahli Parlimen Seberang Perai Tengah dari tahun 1956 hingga 1969. Ibunya juga bergiat aktif dalam politik dan petah berpidato.

   Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Bakap dan Sekolah Melayu Cherok To'kun. Pada tahun 1960, beliau diterima masuk ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Semasa di MCKK, beliau bergiat aktif dalam kegiatan dakwah mendorong beliau menubuhkan Badan Revolusi Agama. Bakat kepimpinan beliau terserlah hingga dilantik menjadi Ketua Pelajar di MCKK. Beliau juga adalah pendebat sekolahnya.

Aktivis Muda yang Berkarisma

Selepas melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur pada tahun 1967, bakat kepimpinan beliau terus menjadi perhatian apabila mengelapai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Melalui kedua-dua persatuan ini, beliau menggerakkan mahasiswa dalam memperjuangkan kepentingan Melayu-Islam dan isu-isu keadilan. Mahasiswa ketika itu memainkan peranan memberi kesedaran kepada penduduk kampung dan pedalaman mengenai masalah sosio-ekonomi Melayu.

   Ketika zaman kemelesetan ekonomi pada tahun 1974, beliau berjaya menghimpunkan ribuan mahasiswa dalam tunjuk perasaan besar-besaran membela penduduk miskin Baling yang tertindas. Akibat penglibatan beliau dalam demonstrasi Baling itu, beliau ditahahn di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kemunting selama lebih 21 bulan.

   Penahanan beliau dianggapnya sebagai ujian kecil daripada Allah. Malah pengalamannya dipenjara menambah semangat beliau dalam perjuangan membela keadialn. Kekentalan semangat Anwar menjadikan beliau ikon golongan muda ketika itu. Bakat beliau sebagai pemimpin terserlah melalui gaya beliau berpidato di khalayak ramai dan cara beliau berkomunikasi dengan orang lain. Beliau mempunyai keterampilan sosial yang tersendiri dan mampu mempengaruhi orang ramai.

   Gaya kepimpinan Anwar mengangkat beliau menjadi Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dari tahun 1974 hingga 1982. Semasa bersama ABIM, keprihatinan beliau dalam masalah pendidikan pemuda luar bandar dipamerkan melalui penubuhan Yayasan Anda, sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur. Hingga tahun 1980, sekolah itu berjaya menampung lebih 1300 orang pelajar.

   Di bawah kepimpinannya, ABIM berjaya menjadi sebuah pertubuhan belia yang berpengaruh hingga ke peringkat antarabangsa. Beliau juga pernah dilantik menjadi ahli kumpulan penasihat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Barsatu (PBB) sejurus selepas menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda. Antara tahun 1976 hingga 1982 beliau menjadi wakil Asia Tenggara ke Majlis Dunia Pemuda Muslim. Pada ahun 1989, beliau dilantik pula menjawat jawatan Presiden UNESCO.

Pemimpin yang Disegani Dunia

Semasa di UM lagi, beliau menunjukkan keprihatinan pada isu-isu global. Sebagai contoh, himpunan raksasa mahasiswa yang berarak ke kedutaan Amerika Syarikat bagi menghantar memo bantahan pada sokongan Amerika Syarikat kepada Israel. Beliau juga banyak mengadakan pertemuan denagn pemimpin-pemimpin dunia seperti Ayatollah Khomeini (Iran) dan Gulbuddin Hekmatyar (Afghanistan) sebelum berada di dalam kerajaan lagi.

   Semasa pencerobohan Kesatuan Sosialis Soviet ke atas Afghanistan, beliau melancarkan perarakan bagi membantah pencerobohan itu. Pandangan beliau dalam isu-isu berkaitan Islam, hak asasi manusia, ekonomi dan politik sering diburu oleh media antarabangsa. Antaranya adalah BBC London, Worldview, Fortune, Business Week, Al-Jazeera, Radio Free Australia, Bloomberg, Washington Post dan Jakarta Post.

   Bagi negara luar, Anwar adalah tokoh yang mampu merapatkan hubungan antara Islam dan Barat kerana pendirian liberal beliau. Beliau menjalinkan hubungan dengan cendekiawan Muslim di Barat seperti Ismail al-Faruqi dan mendukung penubuhan International Institute of Islamic Thought (IIIT) di Virgina. Bagi media massa, beliau adalah reformis Asia Tenggara dalam bidang politik, agama dan ekonomi.

   Jemputan ke universiti-universiti luar negara bagi berceramah juga mencurah-curah seperti dari Universiti Harvard, Universiti Colombia, Universiti Washington, Universiti Stanford dan lain-lain. Pada tahun 2004, tiga universiti terkemuka di Amerika Syarikat dan England melantik beliau menjadi pensyarah kehormat. Contohnya, Universiti Oxford. Tidak hairanlah sekiranya majalah Times pernah menamakannya antara 100 pemimpin paling berpengaruh di dunia

Penglibatan dalam Politik

Karier politik beliau bermula pada tahun 1982 apabila beliau mengejutkan dunia politik dengan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Pada kali pertama bertanding sebagai ahli Parlimen di Permatang Pauh, beliau berjaya meraih majoriti paling besar di Pulau Pinang. Justeru, beliau diberi kepercayaan oelh Dr. Mahathir Mohamad menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan kemudiannya Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan seawal usia 35 tahun.

   Dengan pantas beliau mendaki puncak gading. Hanya selepas dua tahun menyertai UMNO, beliau berjaya terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO. Dua tahun kemudian, beliau diberi kepercayaan memegang Naib Presiden. Beliau juga deiberi kepercayaan menjadi Menteri di Kementerian Pertanian (1984 hingga 1986), Kementerian Pelajaran (1986 hingga 1991) dan Kementerian Kewangan (1991 hingga 1998). Kemuncak kerjaya beliau hadir pada tahun 1993 apabila jawatan nombor dua negara menjadi miliknya.

   Semasa Anwar berada dalam kabinet kerajaan, beliau banyak menerapkan dasar-dasar Islam terutamanya semasa menjawat Menteri Pelajaran. Bahkan beliau konsisten dalam memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Apabila beliau diberi peluang mengepalai Kementerian Kewangan, usaha membasmi kemiskinan di kalangan orang Melayu telah digiatkan.

Membawa Reforamasi Politik

   Jodoh beliau bersama UMNO tidak lama kerana pada tahun1998, beliau disingkir daripada parti yang didokonginya selama lebih 15 tahun. Semuanya gara-gara tuduhan penyalahgunaan kuasa dan skandal seks yang dilemparkan oleh musuh-musuh politiknya yang gusar dengan ketegasan Anwar pada budaya rasuah dalam parti. Kejatuhannya tidak melemahkan semangat beliau, malah terus membakar semangatnya terus berjuang.

   Ratusan ribu penyokong beliau berarak di ibu kota menyatakan bantahan pada pemecatannya. Lautan manusia menghadiri setiap pidato umum beliau. Melihat kepada sokongan luar biasa yang diterima oleh Anwar Ibrahim, beliau ditahan di bawah ISA buat kali kedua. Selepas dibicarakan mahkamah, beliau didapati bersalah dan dihukum penjara selama lebih 15 tahun. Namun, pada tahun 2004 beliau dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pada kes liwat beliau dan mengetepikan sabitan bagi kesalahan itu.

   Walaupun pernah dipenjara selama beberapa tahun, pengaruh beliau masih dirasai. Bak kata beliau, ''Walaupun jasad saya dipenjara, namun jiwa saya bebas.'' Selepas 10 tahun sejak pemecatannya dari kabinet, Anwar kembali memimpin Pakatan Rakyat merampas empat buah negeri dari Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 2008.

   Ketokohan beliau sebagai pemimpin reformasi politik tanah air dapat disimpulkan dala perjuangannya membela keadilan hingga pernah dicalonkan menerima hadiah Nobel Keamanan. Sekalipun tidak menjadi perdana menteri, watak beliau dalam sejarah politik Malaysia akan terus disebut-sebut oleh generasi muda akan datang.