Saturday, March 31, 2012

Pengalaman Yang Penuh Tarbiah

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur ke-hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianNya saudara/saudari pembaca masih lagi hidup dan diberi peluang untuk membaca blog ini. Syukur juga ke-hadrat Allah s.w.t kerana saya masih lagi diberi kesempatan untuk menulis di dalam blog ini. Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada semua para pembaca yang sudi membaca artikel2 di dalam blog ini.
Pada kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang pengisian masa lapang di waktu cuti ini.
Jumaat, 9 Mac 2012.
Pelajar2 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said, Kota Belud, mahupun sekolah2 lain yang berasrama dibenarkan untuk balik bermalam di rumah masing-masing bersempena dengan cuti penggal pertama. Pada malam sebelum hari tersebut, saya dengan beberapa orang sahabat yang lain telah bersepakat  untuk menjalankan aktiviti meronda-ronda dengan menaiki motor melalui kawasan kampung-kampung (yang pasti tidak terlalu jauh). Namun, keadaan tidak mengizinkan. Takdir Allah s.w.t  telah menentukan saya balik ke Kota Kinabalu.
Sabtu, 10 Mac 2012.
Kuliah Tafsir Maudhu’i siri ke-18 yang dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) selamat dijalankan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kota Kinabalu. Kuliah ini disampaikan oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, mantan Presiden ABIM dan kini berkhidmat sebagai Presiden Wadah dan Kolej Dar Hikmah. Dalam program ini, memang banyak ilmu yang boleh kita dapati. Sesi soal jawab daripada para peserta yang memeningkan kepala untuk berfikir akan jawapannya. Namun, segala persoalan tersebut dengan mudahnya dijawab oleh tokoh tersebut.
Selesai majlis tersebut, kami pun berangkat pulang ke rumah. Akan tetapi, ceritanya belum berakhir lagi. Pada malam tersebut (malam Ahad/Sabtu malam), sekali lagi ABIM mengadakan program di tempat yang sama iaitu Forum Pengkisahan 30 Tahun ABIM Sabah. Diringkaskan cerita, saya mengikut bapa untuk ke majlis tersebut. Semasa dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Novotel, 1 Borneo, Kota Kinabalu untuk mengambil salah seorang panel forum tersebut.
Syukur Alhamdulillah dengan harapan yang selama ini akhirnya terkabul. Dapat bertemu dengan seorang ulama’. Walaupun tidak berkesempatan untuk bertemu dengan salah seorang pelajar cemerlang dari negeri Kelantan iaitu Nik Nur Madihah Nik Mohd.Kamal yang mendapat 19A1 1A2(20A) dalam SPM tahun 2008 yang  programnya yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu, dan beberapa tempat lain. Program yang dinamakan Bicara Madihah ini juga dianjurkan oleh ABIM.
Qada’ dan qadar Allah s.w.t menentukan saya tidak sempat untuk bertemu dengan beliau. Namun, tidak mengecewakan apabila takdir telah menentukan seolah-olah Allah s.w.t menggantikan hasrat untuk bertemu dengan beliau dengan bertemu dengan seorang ulama’.
Walaupun hanya menjadi seorang pengangkat beg, tetapi rasa syukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t  kerana mempertemukan saya dengan seorang ulama’… Saya pun berkesempatan untuk berbual dengan beliau dan diberi sedikit hadiah iaitu gula-gula dan sekotak kurma. Alhamdulillah, saya dapat makan makanan daripada ulama’. Paling mengagumkan, beliau mempunyai kelengkapan peralatan elektronik yang begitu canggih. Tak perlulah saya mengulasnya, bayangkan sahaja anda mempunyai kelengkapan semua itu. Pasti orang mengatakan anda hebat.
Namun, dengan adanya peralatan canggih tersebut tidak menjadikan beliau leka dalam beribadah. Digunakan juga peralatan-peralatan tersebut untuk berdakwah. Lihat sahaja dalam begnya, kebanyakan di dalam beg tersebut adalah kertas-kertas yang mengandungi artikel dan buku-buku berunsurkan agama. Apabila bercakap dengannya, setiap bait kata yang diucapkan sentiasa mengenai agama. Jika dibawa untuk berbincang soal akhirat
Ayat yang paling diingati semasa berbual dengannya adalah apabila beliau mengatakan, “Adik-beradik itu harta. Adik-beradik itu penting kerana apabila kita ada masalah, kita akan pergi kepada mereka.
Ahad, 11 Mac 2012.
Saat-saat terakhir bersama seorang ulama’. Pada hari ini beliau akan menyampaikan Kuliah Subuh bertempat di Masjid Kg. Bangka-Bangka, Likas, Kota Kinabalu. Kuliah subuh yang disampaikan begitu menarik perhatian para jemaah.
*Sedikit perkongsian mengenai kuliah ini, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud, “Pada hari penghisaban nanti, semua manusia akan dihadapkan di kaki lima (koridor) neraka Allah s.w.t.” Seorang sahabat bertanya,”Adakah kamu juga wahai Rasulullah?”. Rasulullah s.a.w menjawab,” Benar. Aku juga (akan dihadapkan).”
Tokoh/Ulama’ yang dimaksudkan di sini ialah….
Y.Bhg. Ustaz Abdul Ghani Bin Shamsuddin, berasal dari Masjid Tanah, Melaka dan sekarang menetap di Alor Setar, Kedah. Bekas pensyarah ITM Sabah pada tahun 1980-1981, merupakan antara penggerak awal dakwah Islam di Sabah. Beliau juga yang telah mencetuskan penubuhan ABIM Sabah pada 12 Jun 1980 secara berdaftar. Beliau adalah mantan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan sekarang beliau adalah Pengerusi Sekretariat Himpunan Asia Tenggara. Dalam bidang kerjaya, beliau sekarang berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Universiti Insaniah, Kedah (KUIN).

Sekian… Assalamualaikum…. J