Saturday, March 17, 2012

Ceritera 5 Sains 2012


Assalamualaikum w.b.t.

Kepada semua sahabat, pada kali ini saya ingin berkongsi tentang kehidupan para pejuang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said, Kota Belud atau nama singkatannya "SMATS". Seterusnya akan menjadi para mujahidin yang akan menegakkan panji-panji Islam dimuka bumi ini. InshaAllah.... Tahun 2012 adalah tahun yang terakhir buat kami semua berada di bawah bumbung yang sama. Oleh itu, saya ingin memperkenalkan rakan-rakan seperjuangan saya yang berada di kelas 5 Sains (Pengajian Sains Tulen). Kelas ini mempunyai 23 orang tentera...hehe...tanpa membuang masa,..lihatlah mereka... :D


1.
Nama: Ali Pazli Bin Awang Japilan.
Nama Samaran: Ali
Tarikh Lahir: 21 September 1995.
Tempat Tinggal: Kg. Merabau, Kota Belud.
Lain2: -Setiausaha Perbadanan Pengawas Sekolah. Mewakili sekolah dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen ke Peringkat Daerah Kota Belud, Peringkat Gabungan (PBU), Peringkat Negeri Sabah dan Peringkat Kebangsaan. Mengikuti Pertandingan Nasyid dalam Karnival Keluarga Sakinah anjuran ABIM dan menjuarai dalam pertandingan tersebut. Sangat murah hati....hehe...ada makna...
   
2.
Nama: Haslinda Akma Binti Zainal
Nama Samaran: Elly, Linda.
Tarikh lahir: 10 Jun 1995.
Tempat Tinggal: Kg. Kanibongan, Pitas.
Lain2: - Penolong Setiausaha dalam Perbadanan Pengawas Sekolah.Sering menjadi wakil sekolah ke Pertandingan Catur. Pernah mewakili Pertingan Catur Peringkat ke Peringkat Gabungan semasa sekolah rendah.Pernah mendapat anugerah pelajar terbaik PMR pada tahun 2010(7A).Seorang yang ceria di dalam kelas. Sahabat baik kepada Nur Afiza Deena.


3.
Nama: Nor Anis Faezah Binti Nasdin.
Nama Samaran: Anis.
Tarikh Lahir: 12 Mei 1995.
Tempat Tinggal: Kg. Lebak Moyoh, Kota Belud
Lain2: - Mewakili sekolah ke Pertandingan Syarahan Agama dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kota Belud dan Pertandingan Robotik Peringkat Negeri. Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Kota Belud.Memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Biro Disiplin Pengawas Sekolah. Mendapat anugerah terbaik PMR pada tahun 2010(8A).Seorang yang paling ceria di dalam kelas. Sering menjadi sumber rujukan dalam pelajaran. Sering mendapat kedudukan tempat ketiga dalam keseluruhan tingkatan 5....(Kira dia ni budak pandai lah).... Genius dalam subjek agama(PQS & PSI)Disebabkan mempunyai mirip muka yang sama dengan seseorang, maka dia mempunyai kembarnya tersendiri....haha

4.
Nama: Siti Noraidah Binti Haji Madlan.
Nama Samaran: Aidah, Idah.
Tarikh Lahir: 12 Ogos 1995.
Tempat Tinggal: Kg. Bobot, Kota Belud.
Lain2: - Memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pengawas Sekolah. Pernah mengikuti Program Nadwah Kepimpinan Islam Peringkat Kebangsaan bertempat di SMK Agama Tun Sakaran, Semporna. Pernah mendapat anugerah PMR terbaik tahun 2010.(8A). Sering mendapat tempat kedua dalam kedudukan keseluruhan tingkatan 5. Genius dalam subjek bahasa melayu dan kimia.

5.
Nama: Siti Zafirah Binti Ripin.
Nama Samaran: Zafirah, Ela, Ila.
Tarikh Lahir: 28 April 1995.
Tempat Tinggal: Kg. Labuan, Kota Belud.
Lain2: - Pernah mewakili sekolah dalam Pesta Pantun Peringkat Daerah Kota Belud. Memegang jawatan sebagai Setiausaha Perbadanan Pengawas Asrama. Seorang yang sangat ceria. Disebabkan dia mempunyai kamus elektronik yang berjenama BESTA, maka dia pun sering menjadi sumber rujukan...hehe


6.
Nama: Mohd. Shafiq Bin Nasir.
Nama Samaran: Shafiq, Sapik, Pik, Al-Imam.
Tarikh Lahir: 22 Ogos 1995.
Tempat Tinggal: Rumah dia banyak, Taman Nikmat, Kota Belud. Kg. Kota Belud, Kota Belud. Kini, menetap di Kg. Kulambai, Kota Belud.
Lain2: - Pernah mewakili sekolah dalam Pertandingan Pidato Bahasa Melayu di Peringkat Daerah Kota Belud. Pernah mengikuti Pertandingan Robotik ke Peringkat Negeri Sabah. Perkhemahan Kor Kadet Polis di Peringkat Negeri Sabah dan hampir mengikuti Perkhemahan Kor Kadet Polis di Peringkat Kebangsaan. Seorang yang begitu digeruni di sekolah. Pernah  mengikuti Program Nadwah Kepimpinan Islam Peringkat Kebangsaan...tegas... Memegang jawatan sebagai Ketua Biro Disiplin dalam Perbadanan Pengawas Asrama. Pernah mendapat anugerah terbaik PMR pada tahun 2010(7A)... Seorang sahabat yang paling saya hormati. Pandai memberi nasihat dan mengemukakan pendapat. Hebat dalam berbicara...saya sering berdebat dengan orang ini...tapi selalu kalah... Syukur juga, saya pernah menang beberapa kali....hehe


7.
Nama: Mohd. Zulkhairul Fikri Bin Saidi.
Nama Samaran: Khai, Kudin.
Tarikh Lahir: 2 Oktober 1995.
Tempat Tinggal: Kg. Timbang Dayang, Kota Belud.
Lain2: - Pernah mengikuti Pertandingan Robotik di Peringkat Zon. Memegang jawatan sebagai Ketua Biro Kebajikan dalam Perbadanan Pengawas Sekolah. Seorang yang genius juga sering menjadi rujukan. Pernah mendapat anugerah terbaik PMR tahun 2010(6A). Orang yang paling disenangi ramai. Seorang yang tersangat ceria juga seorang pelawak... Kelas begitu sunyi jika tanpanya. Jika sedih, pergi sahaja kepadanya. Nescaya akan jadi gembira dan tertawa susah untuk berhenti...hahaha.

8.
Nama: Mohd. Azeran Bin Abdullah
Nama Samaran: Azeran, Azeer, G-Ran, Aoran.
Tarikh Lahir: 8 Mac 1995.
Tempat Tinggal: Kg. Pirasan, Kota Belud.
Lain2: - Seorang yang aktif dalam sukan. Mewakili sekolah dalam Pertandingan Bola Sepak, Badminton dan Kejohanan Olahraga. Seorang yang genius. Pernah mewakili sekolah ke Program Pelayaran 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan. Memegang jawatan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

9.
Nama: Nur Adlin Sakinah Binti Bahaman.
Nama Samaran: Adlin.
Tarikh Lahir: 22 Mei 1995.
Tempat Tinggal: Inanam. Berasal dari Melaka.
Lain2: - Pernah mewakili sekolah ke Pertandingan Forum Remaja di Peringkat Daerah Kota Belud. "Choral Speaking" Peringkat Daerah Kota Belud. Seorang yang tekun membaca...(tengoklah apa yang dia pegang, Gen-Q!). Gemar membaca buku-buku agama. Memegang jawatan sebagai Bendahari dalam Perbadanan Pengawas Sekolah. Berpindah dari SMA Assaiyidah Khadijah Merlimau, Melaka, pada tahun lalu.

10.
Nama: Azearusliza Binti Madran
Nama Samaran: Azea, Zea.
Tarikh Lahir: 23 Julai 1995.
Tempat Tinggal: Kg. Labuan, Kota Belud.
Lain2: - Berpindah dari SMK Arshad, Kota Belud ke SMATS pada tahun lalu. Memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Biro Khidmat Selera. Fasih dalam berbahasa arab....terer2.... Ayuwa...:D


11.
Nama: Haryani Binti Makli.
Nama Samaran: Yani.
Tarikh Lahir: 28 Januari 1995.
Tempat Tinggal: Kg. Kulambai Dundau, Kota Belud.
Lain2: - Memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Biro Disiplin dalam Perbadanan Pengawas Asrama. Bersifat tegas dan selalu serius juga seorang yang selalu senyum.Pernah mewakili sekolah dalam Pesta Pantun Peringkat Daerah Kota Belud, Pertandingan Hoki Peringkat Gabungan. Pernah mengikuti Kem Ihya' Ramadhan Peringkat Negeri di Kem Malanggang, Tuaran dan Program Nadwah Kepimpinan Islam Peringkat Kebangsaan. Pernah menjadi peserta terbaik dalam Program Nadwah Kepimpinan Peringkat Sekolah. Pernah mendapat anugerah PMR terbaik pada tahun 2010.(7A)


12.
Nama: Mohd. Sukri Bin Masdin.
Nama Samaran: Sukri, Syuk.
Tarikh Lahir: 18 Mac 1995.
Tempat Tinggal: Kg. Labuan, Kota Belud.
Lain2: - Memegang jawatan sebagai PRS. Seorang yang aktif dalam sukan. Pernah mewakili sekolah dalam Pertandingan Hoki, Badminton, Bola Sepak, Olahraga, Catur, Robotik dan lain2... kira semua sukan dia pandai laa...memang hebat lh dia ni.... Pernah menjadi johan dalam Pertandingan Bersajak Peringkat Sekolah...kalau lelaki lain bersajak, memang tiada saingan... p/s anjing yang dipegang dalam gambar ini hanya merupakan sebuah patung...XD


13.
Nama: Vivi Farhana Binti Aning.
Nama Samaran: Vivi, Vi.
Tarikh Lahir: 22 Disember 1995.
Tempat Tinggal: Kg. Sembirai, Kota Belud.
Lain2: - Memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Asrama/ Ketua Asrama Puteri. Seorang yang tegas. Pandai bersajak...apatah lagi sajak yang bernada sedih...fuhh...layuu2.... Pernah mengikuti Program Nadwah Kepimpinan Islam Peringkat Kebangsaan.


14.
Nama: Nurul Farhana Binti Datu Masjidin.
Nama Samaran: Farhana, Ana.
Tarikh Lahir: 13 Mei 1995.
Tempat Tinggal: Kg. Sembirai, Kota Belud.
Lain2: - Memegang jawatan sebagai Penolong Ketua PRS. Pernah mewakili sekolah ke Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah Kota Belud. Menjadi peserta terbaik dalam Program Nadwah Kepimpinan Islam Peringkat Kebangsaan. Menjadi tokoh pelajar Maulidur Rasul di Peringkat Sekolah. Seorang yang sangat disenangi dan dihormati. Sering dijadikan contoh oleh guru-guru kepada pelajar...


15.
Nama: Muhd. 'Afif Bin Che Hamzah.
Nama Samaran: Afif.
Tarikh Lahir: 27 November 1995.
Tempat Tinggal: Kg. Pirasan, Kota Belud.
Lain2: - Memegang jawatan sebagai Ketua Biro Akademik dalam Perbadanan Pengawas Asrama. Mewakili sekolah dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen (tahun 2012) dan Pertandingan Catur. Budak yang sangat genius dalam semua subjek. Pernah mewakili sekolah dalam Pertandingan Robotik Peringkat Zon. Selalu menjadi sumber rujukan....cara belajarnya, saya pun x faham, belajar sampai pukul 3 pagi...semasa guru mengajar dia selalu mengantuk(kadang2 sampai tertidur)...TETAPI!!dia faham apa yang diajar sehingga tidak perlu bertanya kepada guru dua kali...hebat2... Mendapat kedudukan tempat pertama dalam keseluruhan tingkatan 5. Pernah mendapat anugerah PMR terbaik tahun 2010.(8A)...motto saya kepadanya,.."one day, i will defeat you"...huahahaha... p/s peringatan!! kita belajar kerana ALLAH S.W.T....:)


16.
Nama: Mohd. Firdaus Bin Sariman.
Nama Samaran: Firdaus, Daus.
Tarikh Lahir: 23 Januari 1995.
Tempat Tinggal: Kg. Labuan, Kota Belud.
Lain2: - Memegang jawatan sebagai PRS. Mewakili sekolah dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen dan pernah mewakili Sabah ke Peringkat Kebangsaan. Orang paling tua dalam kelas. Seorang yang genius dalam subjek pengiraan...hampir kesemua buku notanya dipenuhi dengan pengiraan...Seorang yang 'terer' dalam subjek add math...huhh...otak math...


17.
Nama: Muhd. Sharul Bin Mohd.Saiful Zamri.
Nama Samaran: Angah.
Tarikh Lahir: 6 Mei 1995.
Tempat Tinggal: Kg. Taun Gusi, Kota Belud.
Lain2: - Memegang jawatan sebagai Ketua Biro Kerohanian dalam Perbadanan Pengawas Sekolah. Pernah mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga di Peringkat Daerah Kota Belud.



18.

Nama: Zulkefli Bin Gunting.
Nama Samaran: Zulkefli, Zul, Pili. 
Tarikh Lahir: 4 Disember 1995.
Tempat Tinggal: Kg. Tengkurus, Kota Belud.
Lain2: - Memegang jawatan sebagai Ketua Biro Kebersihan dalam Perbadanan Pengawas Asrama. Mendapat gelaran pesilat SMATS. Lihatlah tangannya,..baru bunga2..heheXD



19.
Nama: Ammar Maaruf Bin Sabana.
Nama Samaran: Ammar, Mar, Maaruf.
Tarikh Lahir: 13 Mac 1995.
Tempat Tinggal: Kg. Kionsom Baru, Kota Marudu.
Lain2: - Memegang jawatan sebagai Ketua Kelas 5 Sains. Mewakili sekolah dalam Pertandingan Catur di Peringkat Gabungan. Seorang yang hafiz al-Quran. Mewakili sekolah dalam Pertandingan Hafazan Peringkat Daerah Kota Belud dan Majlis Ihtifal Peringkat Negeri. Pernah menyertai nasyid dan memenangi Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri dalam Karnival Keluarga Sakinah anjuran ABIM...seorang yang serius namun kuat bergurau...bersebelahan tempat duduk dengan saya... Genius dalam subjek bahasa inggeris dan biologi....subjek BI yang selalunya menjadi rujukan kepadanya...haha


20.
Nama: Shazrul Bin Jamain.
Nama Samaran: Shazrul, Ami.
Tarikh Lahir: 9 Oktober 1995.
Tempat Tinggal: Kg. Kuala Abai, Kota Belud.
Lain2: - Memegang jawatan sebagai Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas Sekolah. Pernah mengikuti Pertandingan Hoki di Peringkat Kebangsaan, Pertandingan Bola Sepak di Peringkat Daerah Kota Belud dan Pertandingan Melontar Peluru dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Kota Belud. Seorang yang sangat tegas...pernah mendapat anugerah PMR terbaik tahun 2010.(7A)

 21.
Nama: Mohd. Lutfi Ariff Bin Lamjah.
Nama Samaran: Lutfi, Lut.
Tarikh Lahir: 3 Julai 1995.
Tempat Tinggal: Taman Nikmat, Kota Belud.
Lain2: - Memegang jawatan sebagai Ketua PRS. Mewakili sekolah dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris. Seorang yang mudah difahami dan sangat disenangi. Sifatnya, kejap ceria, kejap serius...haha. Pernah mewakili Pertandingan Robotik Peringkat Zon. Menjadi sukarelawan Bulan Sabit Merah dalam Kejohanan Sukan Peringkat Daerah Kota Belud. Mewakili sekolah dalam Pertandingan Bola Sepak dan Pertandingan Hoki di Peringkat Daerah Kota Belud...


22.
Nama: Nur Afiza Deena Binti Saadun.
Nama Samaran: Bebep.
Tarikh Lahir: 6 Disember 1995.
Tempat Tinggal: Kg. Langkon, Kota Marudu.
Lain2: - Memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Biro Kebajikan dalam Perbadanan Pengawas Sekolah. Seorang yang sangat riang. Sahabat baik kepada Haslinda Akma. Mengikuti Pertandingan Perbarisan dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Kota Belud. Mempunyai adik yang bernama Raihanuddin juga dikenali sebagai Messi...hoho...




Akhirnya, tibalah dia....

23.
Nama: Mohd. Nur Fahmie Ikhwan Bin Milus.
Nama Samaran: Fahmie, Pami, Ikhwan.
Tarikh Lahir: 5 September 1995.
Tempat Tinggal: Kg. Pantai Emas, Kota Belud.
Lain2: - Memegang jawatan sebagai Ketua Biro Disiplin dalam Perbadanan Pengawas Sekolah. Tidak diketahui sifatnya bagaimana. Ceritanya orang selalu lari bila dia lalu, takut kedapatan buat salah. Peliknya....O.o.... Mendapat anugerah dalam ................. & ..................... hanya di peringkat sekolah. Tidak pernah menyertai apa2 pertandingan. Penglibatan yang paling jauh adalah Kem Ihya' Ramadhan Peringkat Negeri di Kem Malanggang, Tuaran. Tidak begitu genius... Apa boleh buat. Begini lah nasib dia. Usaha lagi wahai kawan. Ada orang kata, "usaha lgi.ko boleh tu!"......InshaAllah.:D..byk dah orang bagi semangat dekat kau...byk dah orang doakan kau ni, jgn sia-siakn doa mereka. titisan air liur yang mereka gunakan untuk  itu mendoakan kamu itu amat berharga....:)


*Saya ingin memohon maaf jika ada kekurangan dan rasa tersinggung kepada semua terutamanya kepada sahabat-sahabat sekalian.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa menasihati dan mencegah sehabatnya daripada membuat kesalahan dan sedia menerima teguran dan nasihat jika dia berlaku kemungkaran dan sentiasa mengajak kepada kebaikan...

HARGAILAH SAHABAT KITA KERANA SESUNGGUHNYA IA ADALAH PEMBERIAN ALLAH S.W.T.... :D

Friday, June 3, 2011

Ikhwan - Umat Yang Dirindui Oleh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah kami umatmuwalau tak pernah melihat wajahmukami cuba mengingatimudan kami cuba mengamal sunnahmu"

Pada suatu hari, berlaku perbualan di antara Nabi saw. dengan Saidina Abu Bakar Siddiq serta para sahabat lain. “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara-saudaraku( ikhwanku ),” berkata Nabi saw. “Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?” jawab Abu Bakar. “Bukan,” jawab Nabi saw. “Kamu adalah sahabat-sahabatku”. 

Para sahabat menjadi keliru dan hairan siapakah yang dimaksudkan dengan ikhwan yang Nabi rindukan itu. Setahu mereka yang paling rapat dengan Nabi ialah para sahabat sendiri. Melihatkan Abu Bakar dan sahabat-sahabat lain kebingungan, Nabi segera menjelaskan; “Ikhwan ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua mereka”. Para sahabat masih belum berpuas hati dan bertanya, “Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan( saudara) engkau?”. “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku!” sekali lagi Nabi menjelaskan. 

“Wahai Abu Bakar, tidakkah engkau juga merindui ikhwanku itu, kerana mereka juga mencintai engkau lantaran engkau adalah sahabatku?” Persoalan ikhwan menjadi teka-teki kepada para sahabat. Kemudian Nabi memberitahu bahawa mereka ialah umat Nabi sesudah wafatnya baginda. Walaupun mereka tidak berjumpa dengan baginda namun tetap beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka membaca al-Quran dan al-Hadis serta mencintai Nabi-Nya sebagai Rasulullah yang penghabisan. Mereka juga mencintai sahabat-sahabat Nabi yang berjuang menegakkan Islam”. 

Alhamdulillah yang dimaksudkan oleh Nabi sebagai ikhwan itu ialah umat terkemudian termasuk diri kita. Jika kita mengikut ajaran Nabi serta mencintai baginda, Nabi saw. amat menyanjungi serta merindui kita kerana menurut baginda meskipun kita tidak berpeluang berjumpa dengannya, namun kita tetap beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Golongan ikhwan ini pernah Nabi katakan sebagai makhluk yang paling ajaib imannya kerana beriman tanpa bertemu dengan Nabi sendiri. “Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah 70 kali ganda orang-orang yang beriman dengan aku, meskipun tidak pernah berjumpa dengan aku!” jelas Nabi lagi. Semoga kita termasuk dalam golongan umat yang diberi gelaran sebagai ‘ikhwan’ – umat yang dirindui Nabi saw. 

Berangkat dari riwayat di atas, saya belajar memaknai iman sebagai sebuah tantangan. Semakin tinggi tingkat tantangan, semakin tinggi pula tingkat iman kita. Semakin sulit kita menjalankan sebuah keyakinan (iman), semakin tinggi pula nilai iman kita di sisi Allah. 

Ilustrasi berikut mungkin bisa menyederhanakan persoalan: Seorang waliyullah tidak diragukan lagi telah melihat berbagai "keajaiban" dan "rahasia" Allah. Dia sudah menyaksikan dan merasakan getaran cinta ilahi. Kalau Allah mengangkat derajatnya, tentu saja kita tak akan hairan. Yang membuat kita takjub adalah, seorang usahawab yang sangat sibuk dan telah menyaksikan bahwa 
"time is money", namun tetap berusaha menunaikan shalat lima waktu di sela-sela kesibukannya. Begitu juga dengan seorang kuli bangunan yang lebih banyak menggunakan potensi otot dibanding potensi otaknya, namun tetap berpuasa di bulan Ramadhan meskipun dia harus kerja di tengah terik mentari. 

Bagi saya, usahawan dan kuli bangunan tersebut memiliki iman yang paling menakjubkan.

Kita bukanlah sahabat Nabi yang menyaksikan secara langsung betapa mulianya akhlak junjungan kita itu; kita juga bukan malaikat yang tidak memiliki hawa nafsu; kita juga bukan waliyullah yang telah merasakan manisnya kasih sayang Allah. Kita adalah manusia biasa yang penuh dengan kelemahan. 

Dalam kelemahan itulah kita masih beriman kepada Allah. Dalam ketidak hebatan kita itulah kita selalu berusaha mendekati Allah. Di tengah kesibukan dan beban ekonomi yang semakin meningkat, kita tetap keluarkan zakat dan sedekah. Tak sedikitpun kita akan gadaikan iman kita. 

Di tengah dunia yang semakin mencabar, kita masih sempatkan untuk shalat. Di tengah godaan duniawi yang luar biasa, kita tahan nafsu kita di bulan Ramadhan. Di tengah kumpulan manusia yang selalu dalam kesibukan ini, kita masih bisa mensyukuri sejumput ni'mat yang diberikan Allah. 

Nabi Muhammad menghibur kita, "Berbahagialah orang yang melihatku dan beriman kepadaku," Nabi ucapkan kalimat ini satu kali. 

"Berbahagialah orang yang beriman kepadaku padahal tidak pernah melihatku." Nabi ucapkan kalimat terakhir ini tujuh kali.

Wallahu’alam.

Kesempurnaan Diri Muslim

HADIS MUTHAHHARAH

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radhiallahu'anhu telah berkata: Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam yang mana dia telah menyatakan tujuannya: "Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat."

Maka baginda sollallahu `alaihi wasallam telah berkata kepadanya: "Tanyalah apa yang engkau kehendaki."

Dia berkata: Aku mahu menjadi seorang yang alim
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata: Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

Dia berkata: Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata: Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata: Aku mahu menjadi orang yang istimewa disisi Allah
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata: Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

Dia berkata: Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik)
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin

Dia berkata: Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

Dia berkata: Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata: Aku mahu dihimpun pada hari qiamat dibawah cahaya
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

Dia berkata: Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata: Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu

Dia berkata: Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata: Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

Dia berkata: Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Sentiasa berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu

Dia berkata: Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

Dia berkata: Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

Dia berkata: Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata: Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata: Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

Dia berkata: Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala)

Dia berkata: Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata: Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah
menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan
agama dan bermanafaat selain hadis ini....

Thursday, June 2, 2011

Kembalilah Tersenyum


Beruntung sungguh menjadi seorang Muslim. Setiap gerak tingkah sentiasa ada pedomannya. Walau perkara yang amat kecil jika dipandang, namun hati tetap senang dengan setiap landasan yang diberikan. Islam agama yang menyentuh keseluruhan kehidupan.
Rukun Iman yang enam sudah kita ketahui dan perlu diyakinkan. Menarik untuk perkara yang keenam iaitu percaya kepada Qada dan Qadar atau dengan kata lain percaya kepada apa yang Allah tentukan.
Hidup memang ada cabaran. Terutamanya kepada orang yang beriman. Pasti akan diuji.
Firman Allah:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: " Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (al-Ankabut, Ayat 2

Ini adalah sunnatullah, ini ketetapan Allah yang perlu diterima. Walau bagaimanapun, seseorang yang diuji sepatutnya perlu tabah dengan sebarang ujian. Kemiskinan, kekayaan, kesakitan, kehilangan harta benda, kematian dan sebagainya kerana Allah lebih berhak terhadap diri kita. Semua adalah pinjaman.
Yakinlah kita bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Semestinya Dia tidak akan membebankan hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya. Pasti tidak! Tuhan yang Maha Mengetahui tahap keimanan kita dan kesanggupan yang ada pada kita, pasti menguji dengan tahap yang sesuai dengan Iman masing-masing.
Firman Allah:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (al-Baqarah, Ayat 286)

Kembalilah kita tersenyum dan tabah dengan ujian. Memang benar, lidah berbicara petah belum tentu sendi bergerak lincah. Mungkin penulis sedikit kurang untuk indah berbahasa, namun keyakinan penulis tetap pada kalamullah yang tiada setara indahnya bahasa. Bukakanlah selaput kelabu di hati, agar kunang-kunang singgah ke mari, sinar cahaya kan kembali lagi. Wallahua'lam.

Friday, May 27, 2011

AKHLAK TETAP NO.1

 Kisah Saidina Ali r.a.....

           Suatu hari Saidina Ali r.a. pergi ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat fardhu Subuh berjemaah dan diimamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dalam perjalanannya, dia telah bertemu dengan seorang yang telah lanjut usianya sedang berjalan menuju ke arah yang sama dengan memakai tongkat dan pergerakannya sangat perlahan. Saidina Ali pun memperlahankan perjalanan dan mengikutinya dari belakang untuk menjaga hati orang tua tersebut walaupun dia tahu bahawa dia telah lewat untuk datang ke masjid.
      
            Celakanya, orang tua tersebut merupakan orang Nasrani dan tujuannya bukanlah untuk ke masjid. Saidina Ali pun bergegas menuju ke masjid dan meninggalkan orang tua tersebut. Sesampai sahaja di masjid,semua jemaah telah pun memulakan solat diimami oleh Rasulullah s.a.w. dan berada dalam keadaan rukuk. Rasulullah s.a.w juga telah membuat rukuk yang sangat lama untuk menunggu Saidina Ali supaya dapat mengikuti solat tersebut bersama-sama. 

            Selesai sahaja solat tersebut, Saidina Ali pun berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan menanyakan tentang rukuk yang sangat panjang semasa solat tadi: Ya Rasulullah, mengapakah tuan melakukan rukuk yang sangat panjang pada solat sebentar tadi?.Rasulullah s.a.w pun menjawab: Seperti biasa aku akan berdiri selepas melakukan rukuk. Tetapi semasa aku hendak berdiri, Malaikat Jibril telah memegang punggungku dan menahan bahuku.

             Dalam kisah lain menceritakan bahawa Allah s.w.t telah memerintahkan Malaikat Mikail supaya menahan matahari daripada terbit supaya Saidina Ali dapat mengikuti Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat lain menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

             Demikianlah kuasa Allah s.w.t yang memerintahkan malaikat-malaikatnya supaya Saidina Ali r.a dapat menunaikan solat berjemaah kerana akhlaknya yang terpuji. Oleh itu,kita haruslah mencontohi sikap tokoh ini untuk mendapat keredhaan dan ganjaran daripada Allah s.w.t dan supaya dirahmatiNya.
             
              Akhlak dapat membentuk sahsiah dan jati diri yang baik pada diri seseorang dan dapat mengangkat martabat di pandangan masyarakat sekeliling dan Allah s.w.t. Akhlak juga memerlukan hati yang murni supaya apa yang dilakukannya itu adalah baik di pandangan Allah s.w.t dan orang lain dan dikatakan sebagai akhlak.Seperti dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w: Dalam setiap diri manusia terdapat segumpal daging iaitu hati. Jika baik hati itu,maka baiklah seluruh amalannya. Jika buruk hati itu,maka buruklah seluruh amalannya.

Wallahualam...

Sunday, March 13, 2011

KEWAJIPAN MENUTUP AURAT

Persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud: 

Ayat 30."Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. 

Ayat 31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." sehingga akhir terjemahan ayat ini. 

Kehendak ayat ini adalah jelas, kecuali maksud "perhiasan tubuh yang zahir" itu. Allah tidak menerangkan maksudnya, begitu juga tiada hadis qawli (ucapan Nabi ) yang sahih tentangnya. Tetapi hadis iqrari (perakuan Nabi ) yang sahih amatlah banyak sekali, iaitu perakuan Nabi terhadap para Sahabiat (sahabat wanita) yang semuanya bertudung setelah turun ayat hijab itu. 

Pertamanya, hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah r.a.: 

"Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya." 

Kedua, hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah bint Shaybah katanya: 

"Ketika kami bersama ‘Aishah r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aishah menyampuk: "Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw., seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka." 

Lihat tentang tafsiran dua ayat dan dua hadis di atas dalam Muhd Ali al- Sabuni, Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir, (percetakan Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.) 
Dan ketiga, satu hadis yang tidak berapa sahih tentang tafsiran"perhiasan tubuh yang zahir" itu ialah yang diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada ‘Aishah r.a.: 
Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: "Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini" (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). 

Dalam mentafsirkan ayat al-Qur’an yang bermaksud “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka”. Prof. Dr. Hamka, dalam buku Tafsir Al-Azhar jld. 7 menjelaskan bahawa : ‘Peringatan kepada perempuan, selain menjaga penglihatan mata dan memelihara kemaluan, ditambah lagi iaitu janganlah dipertontonkan perhiasan mereka kecuali yang nyata sahaja. Cincin di jari, muka dan tangan, itulah perhiasan yang nyata. Ertinya yang sederhana dan tidak menyolok dan menganjurkan. Kemudian diterangkan pula bahawa hendaklah selendang (kudung) yang telah memang tersedia ada di kepala itu ditutupkan ke dada’. 

Dalam mentafsirkan ayat yang sama, Ahmad Mustafa Al-Maraghiy dalam kitabnya Tafsir Al-Maraghiy jld.9 pula menjelaskan bahawa : 

“ Begitu juga setiap wanita hendaklah tidak menampakkan sedikitpun perhiasannya terhadap lelaki yang bukan muhrim, kecuali perhiasan yang biasa nampak dan tidak mungkin dapat disembunyikan, seperti cincin, celak mata dan lipstik. Dalam hal ini mereka tidak akan mendapat kesalahan. Kecualilah jika mereka menampakkan perhiasan yang patut disembunyikan seperti gelang tangan, gelang kaki, kalung mahkota, selempang dan anting-anting kerana semua perhiasan ini terletak pada bahagian tubuh (pergelangan tangan, betis, leher, kepala, dada dan telinga) yang haram dipandang kecuali oleh orang yang dibenarkan untuk melihatnya. Setelah melarang daripada menampakkan perhiasan, Allah Ta’ala selanjutnya memerintahkan agar menyembunyikan sebahagian tempat perhiasan pada anggota tubuh itu di mana mereka hendaklah melabuhkan tudung kepala ke dada bahagian atas hingga di bawah leher, supaya dengan yang demikian mereka dapat menutupi rambut, leher dan dadanya, sehingga tidak sedikitpun dapat dilihat oleh orang lain. Seringkali wanita menutupkan sebahagian tudungnya ke kepala dan sebahagian lagi dilabuhkan ke punggung sehingga nampak pangkal leher serta sebahagian dadanya seperti yang telah menjadi adat jahiliyyah. Dari itu mereka dilarang berbuat demikian”. 

Daripada kedua-dua tafsiran ini jelaslah bahawa seorang wanita yang beriman itu wajib memakai tudung dan menutup aurat serta perhiasan-perhiasan yang terletak pada bahagian tubuh yang wajib disembunyikan daripada pandangan orang yang bukan muhrim kecuali pada muka dan kedua-dua pergelangan tangan yang merupakan perhiasan yang nyata bagi mereka. 

Seterusnya, Allah Ta’ala turut menegaskan lagi mengenai kewajipan ini dalam Al-Qur’an Al-Karim menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud: 

"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)." 

Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata, "Allah s.w.t. memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di atas tudung kepala…" (Lihat Muhd ‘Ali al-Sabuni, Mukhtasar Tafsir ibn Kathir, Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.) 

Berdasarkan tafsiran ini, makna jilbab yang paling tepat dalam konteks hari ini ialah cadur, seperti yang dipakai oleh wanita Iran itu. Bagaimanapun jilbab yang difahami dan dipakai oleh wanita Islam Melayu sekarang pun telah mencapai maksud ayat tadi, iaitu supaya mereka dikenal sebagai wanita solehah dan tidak berani diganggu oleh lelaki fasiq pada kebiasaannya. Jilbab itu hendaklah labuh sedikit sehingga menutup bentuk dada mereka dan lebih baik lagi sehingga menutup paras punggung mereka. Ini kerana antara tempat yang paling menarik perhatian dan menjadi bualan lelaki-lelaki fasiq ialah dua tempat sensitif itu. Maka perlulah tutup lebih sedikit berbanding betis dan lengan. Perkara inilah yang wajib difahami oleh wanita-wanita yang mulia, terhormat dan mempunyai harga diri. 

Adapun wanita yang tidak bercita-cita sedemikian, maka mereka mencipta pelbagai alasan untuk mengharuskan pendedahan aurat atau perhiasan sulit (bukan zahir) mereka. Namun para pendakwah perlulah berhikmah dan beransur-ansur dalam pendekatan mereka. Jangan menghentam, menyerang dan menghina wanita Islam yang belum dihidayatkan Allah itu. Berilah galakan kepada mereka dan puji-pujilah mereka bahawa mereka kelihatan lebih cantik dan menawan bila mereka menutup aurat. Mudah-mudahan pujian tersebut dapat melembutkan hati mereka untuk bertudung dan menutup aurat dengan sempurna. Namun, pendekatan beransur-ansur itu bukan bermakna mengatakan mendedah rambut tidak berdosa langsung. Ini adalah pernyataan yang salah dan menyeleweng daripada tuntutan syariat Allah dan RasuNya. 

Cara menutup aurat seperti yang diterangkan tadi adalah wajib bagi setiap wanita Islam bermula sejak mereka baligh sehingga mencapai usia yang tiada keinginan untuk berkahwin/bersuami lagi (menopaus). Bila mereka telah mencapai usia menopaus dan tiada keinginan lagi, maka ketika itu ada kelonggaran untuk mereka tidak menutup rambut dengan syarat tidak bersolek. Jika mereka masih bersolek dan berpakaian seksi, maka dakwaan bahawa mereka tiada keinginan adalah tidak diterima, kerana lazimnya tujuan solek dan pakaian seksi itu adalah untuk menarik perhatian dan mencari pasangan. Walau bagaimanapun, kekal beriltizam dengan cara menutup aurat yang sempurna itu adalah lebih baik bagi mereka, walaupun sesudah tiada keinginan. Hukum ini berdasarkan ayat 60 Surah al-Nur.